Sunday, August 18, 2013

Hilang sudah kasih sayang

   


Hampir 8 bulan memilikinya. Kadang2 semacam tak percaya dia hadir dalam hidupku. Bersamanya ada 4 org lelaki yang akan menjaganya dunia dan akhirat. Mudah2an. Amin. Berharap bila dia besar nanti tidak leka mencari kasih yang baru hingga lupa pada yang lama dan setia mengasihinya.
Hari ini kecoh semalaysia kisah budak 5 tahun menjadi mangsa dera keluarga terdekat. Apapun masalahnya itu bukan jalan penyelesaian. Pukul anak sekali pum menyesalnya Tuhan yang tahu tapi melihat keadaan anak kecil itu bertapa azab hidupnya. Klu tak dihantar ke hospital mungkin tak ada yg tahu ataupun dia mati ditangan ibu bapanya. Tak tahu apa difikiran ibu bapanya ketika mendera anak kecik itu. Dirasuk setan??? Apa pun alasan tak boleh diterima akal.
Pada sesiapa yang tak mahu anal kecil mereka harap jgnlah sampai terfikir buang atau dera. Banyak lg cara lain. Kalau jual sekali pun ramai yg ingin memilikinya. Mungkin bunyi macam kasar...tak patut tapi dari dibuang didera baik dijual kepada org yg btl2 ingin memiliki. Mudah-mudahan anak kecik itu ditangan org yang betul. Boleh menjaga, boleh mendidik dari mengakhiri zaman keciknya dengan azab.
Berharap siapapun penderanya berhadapan dgn hukuman yg setimpal. Bukan 5/10 tahun penjara. Tapi semaksimum yg mungkin. Klu blh bagi dia rasa azab anak kecil itu. Bukan kata tak berakal tapi nak dikata binatang pun tak layak sebab binatang tahu jaga anak2. Tak terjangkau difikiran dengan apa yg dilakukannya.

No comments: