Tuesday, December 1, 2015

Salam...lmnya tak update..hi3..anak pun dah nak masuk 5...pengalaman bersalin no 4 pun tak ilang lagi....hi2..

Kali ni byk betul penyakitnya..kencing kotor laa...berat x naik..bleeding nyer..sampai kn cucuk ubat matangkan paru2...

Nanti kite sambung kesan kencing kotor pd ibu mengandung yer..nak g telan ubat dulu..


Saturday, September 14, 2013

kerja lebih masa~bila ketidakjujuran berlaku

kerja lebih masa atau overtime.. sekarang di pej dikerah..(wah macam kejam je bunyinye kan) untuk melakukan kerja lebih masa. Kerja hakiki yang tak habis2 ditambah dengan kerja2 yang lain menuntut staff untuk  bekerja lebih masa selepas waktu bekerja dan hujung minggu. Tapi bila ada yang mengambil kesempatan terasa juga tidak puas hati.

Hari bekerja biasa dah mmg banyak yang tak betul dari betulnya termasuklah diri sendiri tetapi beila kerja lebih masa takkan nak jadi macam tu juga. Punch untuk ot padahal orgnya tiada dipej. Punch kalau 1/2 jam boleh tahan lagi nie sampai 4-5 jam. sebelum nie ot hanya di beri cuti gantian.jadi semua tak ambik kisah. bila ot dibayar semua ambil kesempatan. kerja tak sebapa tapi ot berjam2.. ketidak adilan pada org lain yang tak ot tapi boleh menyiapkan kerja sepatut dibuat masa kerja lebih masa. cam ne tu. Best kan.

tapi pagi ni ada pesanan penaja dari org2 lama..terpulang pada diri sendiri kalau tak de perasaan mmg tak kan ada rasa bersalah. ni ot berbayar. kadang2 untuk belanja anak2. jadi fikir sendiri. mmg tak semua betul tapi sekurang2nya ada rasa bersalah dalam diri.

Tuesday, September 3, 2013

ibu,mama,bonda,ummi atau apapun

Macam2 panggilan untuk insan yang melahirkan kita.. Tak kira apapun panggilannya dia orang yang paling dihargai dalam hidup. Yang membawa selama 9bln 10 hari. Yang merasa susah payah. Yang merasa pelbagai alahan..pelbagai rawatan hanya untuk menjamin hadirnya kita dalam hidupnya.

Walaupun aku ada 3 hero dan seorang perempuan buat hati berkata2. Yang lelaki berharap dia tak melupakan tanggungjawapnya kepada aku dan suami hingga ke akhir hayat nya. Untuk anak perempuan berharap dia mendapat suami yang sedar kehadiran kami dalam hidup anak perempuan ku. Wah seriusnya. Tapi mmg betul. Biarpun bila seorang perempuan telah berkahwin apapun cakap suami dia kena dengar selagi tak melanggar hukum agama tapi dia kena terima kami seadanya sebab kami yang hadir dl dalam hidup isterinya. Pada di akan ku pesan bila mendapat kasih yang baru jangan di lupa kasih yang lama. Walaupun di kala bahagia belum tentu kasih yang lama di pandang. Di masa itu dah tentu bila dihalang tentu macam2 akan difikirnya. 

Sayang dan kasih padanya menyebabkan mahu yang terbaik. Tak mahu dikecewakan. Lagipun sejauh mana dia pergi sejauh mana dibuang kasih sayang bila apa2 terjadi pasti akan di cari ibu dan abah...abang2nya. Apa yang terjadi yang melindungi adik2 .Kasih yang baru datang dan pergi. Kasih ibu dan bapa serta abg2 kekal keakhirnya tanpa apa2 balasan. Jangan kerana bahagia yang baru dimiliki segalanya yang sedia ada dibuang..


Wednesday, August 28, 2013

saja2 nak tukar menu makan tengah hari

Mungkin dlm mood raya jadi ni lah menunya hari ini..

Rendang Ayam 



Bahan2: 
  • 1/2 kilo ayam- potong kasar
  • 2 biji bawang besar
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 10 tangkai cili kering- rebus hingga lembut- kalau cili giling tun guna 2 sb
  • 1 sudu besar gula perang/gula melaka
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun kunyit- mayang halus
  • 200 ml santan
  • 2 kpg asam keping
  • Garam


Cara2: 
  • Mesinkan bawang, lengkuas, halia, serai dan cili kering.
  • Tumis bahan mesin sampai pecah minyak.
  • Masukkan ayam, gula melaka dan kunyit serbuk. Masak sampai ayam agak empuk.
  • Masukkan santan dan asam keping. Masak sebentar dgn api perlahan.
  • Masukkan daun kunyit dan kerisik. Masak sampai kuah agak pekat.
  • Perasakan garam.
  • Siap untuk dihidang.

RESEPI PULUT KUNING
Bahan - Bahan:


  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat


sambal kacang  berdaging
 Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan  kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • 3 btng serai-dititik
  • 1/4 cwn air asam jawa
  • 1/2 ketul gula melaka
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai-dihiris halus
  • 1 inci lengkuas
  • 1 labu bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 2 sudu besar udang kering-cuci rendam dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya. Kalau guna daging batang pinang, tak perlu rebus.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Panaskan minyak dlm kuali,tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambi dikacau sekali-sekala.
  5. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  6. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  7. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  8. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. Sambal kacang ni sedap manis2 sikit.

Thursday, August 22, 2013

aku yang dulu bukanlah yang sekarang

Aku Yang Dulu Bukanlah Sekarang – Tegar

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditendang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia…
Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi jalan untukku semua
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita-cita paling mulia
Membantu keluarga dirumah
Sekolah dulu ku nggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku tak berputus asa
Pasti yang Kuasa memberi jalannya
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Hidupku dulunya seorang pengamen
Pulang malam slalu bawa uang recehan
Mengajak cita cita paling mulia
Bersyukur masuk dapur rekaman
Sekolah dulu ku nggak punya biaya
Terpaksa ku harus mencari nafkah
Tetapi aku nggak berputus asa
Pasti yang kuasa memberi jalannya
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang
Dulu ditentang sekarang ku disayang
Dulu dulu dulu ku menderita
Sekarang aku bahagia…
Cita-citaku menjadi orang kaya.. ei
Dulu ku susah sekarang Alhamdulillah
Bersyukurlah pada yang Maha Kuasa
Memberi… hoo….
Memberi jalan untuk ku semua

Bukan sekadar hiburan. Rasanya boleh juga membuat air mata meleleh.tersentuh dengan lagu ini. Tak semua orang punya masa yang indah dan senang. Bila difikir2 balik banyak untungnya disini. Jika tak kesekolah dicari sampai kerumah. Masih ada cara untuk belajar. Antara hendak atau tidak. Entah la. Takut bila semua percuma bila disuruh belajar jawapnya anak "buat apa nak belajar bukan pakai duit mak ayah pun". Mau Aku pun masuk blajar semula. Dah semua percuma 

Sunday, August 18, 2013

Hilang sudah kasih sayang

   


Hampir 8 bulan memilikinya. Kadang2 semacam tak percaya dia hadir dalam hidupku. Bersamanya ada 4 org lelaki yang akan menjaganya dunia dan akhirat. Mudah2an. Amin. Berharap bila dia besar nanti tidak leka mencari kasih yang baru hingga lupa pada yang lama dan setia mengasihinya.
Hari ini kecoh semalaysia kisah budak 5 tahun menjadi mangsa dera keluarga terdekat. Apapun masalahnya itu bukan jalan penyelesaian. Pukul anak sekali pum menyesalnya Tuhan yang tahu tapi melihat keadaan anak kecil itu bertapa azab hidupnya. Klu tak dihantar ke hospital mungkin tak ada yg tahu ataupun dia mati ditangan ibu bapanya. Tak tahu apa difikiran ibu bapanya ketika mendera anak kecik itu. Dirasuk setan??? Apa pun alasan tak boleh diterima akal.
Pada sesiapa yang tak mahu anal kecil mereka harap jgnlah sampai terfikir buang atau dera. Banyak lg cara lain. Kalau jual sekali pun ramai yg ingin memilikinya. Mungkin bunyi macam kasar...tak patut tapi dari dibuang didera baik dijual kepada org yg btl2 ingin memiliki. Mudah-mudahan anak kecik itu ditangan org yang betul. Boleh menjaga, boleh mendidik dari mengakhiri zaman keciknya dengan azab.
Berharap siapapun penderanya berhadapan dgn hukuman yg setimpal. Bukan 5/10 tahun penjara. Tapi semaksimum yg mungkin. Klu blh bagi dia rasa azab anak kecil itu. Bukan kata tak berakal tapi nak dikata binatang pun tak layak sebab binatang tahu jaga anak2. Tak terjangkau difikiran dengan apa yg dilakukannya.

Thursday, August 1, 2013

mcm mana nak maju

     Kadang2 tak faham dgn org kiter nie.tak blh tgk org lain lbh ckit.cuba tgk bangsa lain sama2 naikkan bangsa sendiri.tlg selagi mampu.pernah sekali kereta mertua pancit ditengah bandar seremban...yg memberi bantuan seorg bangsa cina..punyalah banyak org yg lalu kenapa tiada yg ambik peduli.kadang2 org kita mmg buat tak tahu.klu nampak penunggang motosikal jatuh..buat tak tahu.mcm mn bila blk rumah dpt th mangsa ahli keluarga sendiri.pasti menyesal.
     Bukan menangkan bangsa lain tp org kita tidak kurang baik nya.kaya budi bahasa.tp yg tak tahu beradap tak salah belajar adab sesama insan.tak rugi malah dihormati.