Saturday, September 14, 2013

kerja lebih masa~bila ketidakjujuran berlaku

kerja lebih masa atau overtime.. sekarang di pej dikerah..(wah macam kejam je bunyinye kan) untuk melakukan kerja lebih masa. Kerja hakiki yang tak habis2 ditambah dengan kerja2 yang lain menuntut staff untuk  bekerja lebih masa selepas waktu bekerja dan hujung minggu. Tapi bila ada yang mengambil kesempatan terasa juga tidak puas hati.

Hari bekerja biasa dah mmg banyak yang tak betul dari betulnya termasuklah diri sendiri tetapi beila kerja lebih masa takkan nak jadi macam tu juga. Punch untuk ot padahal orgnya tiada dipej. Punch kalau 1/2 jam boleh tahan lagi nie sampai 4-5 jam. sebelum nie ot hanya di beri cuti gantian.jadi semua tak ambik kisah. bila ot dibayar semua ambil kesempatan. kerja tak sebapa tapi ot berjam2.. ketidak adilan pada org lain yang tak ot tapi boleh menyiapkan kerja sepatut dibuat masa kerja lebih masa. cam ne tu. Best kan.

tapi pagi ni ada pesanan penaja dari org2 lama..terpulang pada diri sendiri kalau tak de perasaan mmg tak kan ada rasa bersalah. ni ot berbayar. kadang2 untuk belanja anak2. jadi fikir sendiri. mmg tak semua betul tapi sekurang2nya ada rasa bersalah dalam diri.

Tuesday, September 3, 2013

ibu,mama,bonda,ummi atau apapun

Macam2 panggilan untuk insan yang melahirkan kita.. Tak kira apapun panggilannya dia orang yang paling dihargai dalam hidup. Yang membawa selama 9bln 10 hari. Yang merasa susah payah. Yang merasa pelbagai alahan..pelbagai rawatan hanya untuk menjamin hadirnya kita dalam hidupnya.

Walaupun aku ada 3 hero dan seorang perempuan buat hati berkata2. Yang lelaki berharap dia tak melupakan tanggungjawapnya kepada aku dan suami hingga ke akhir hayat nya. Untuk anak perempuan berharap dia mendapat suami yang sedar kehadiran kami dalam hidup anak perempuan ku. Wah seriusnya. Tapi mmg betul. Biarpun bila seorang perempuan telah berkahwin apapun cakap suami dia kena dengar selagi tak melanggar hukum agama tapi dia kena terima kami seadanya sebab kami yang hadir dl dalam hidup isterinya. Pada di akan ku pesan bila mendapat kasih yang baru jangan di lupa kasih yang lama. Walaupun di kala bahagia belum tentu kasih yang lama di pandang. Di masa itu dah tentu bila dihalang tentu macam2 akan difikirnya. 

Sayang dan kasih padanya menyebabkan mahu yang terbaik. Tak mahu dikecewakan. Lagipun sejauh mana dia pergi sejauh mana dibuang kasih sayang bila apa2 terjadi pasti akan di cari ibu dan abah...abang2nya. Apa yang terjadi yang melindungi adik2 .Kasih yang baru datang dan pergi. Kasih ibu dan bapa serta abg2 kekal keakhirnya tanpa apa2 balasan. Jangan kerana bahagia yang baru dimiliki segalanya yang sedia ada dibuang..